TAJUK KARANGAN: ALAM SEKITAR
TANGGUNGJAWAB KITA
FOKUS KARANGAN: CARA-CARA MELESTARIKAN
ALAM SEKITAR
FORMAT KARANGAN: SYARAHAN (SITUASI
PERTANDINGAN)
[Ayat Format: Kata Alu-aluan] Yang
Dihormati Tuan Pengerusi, Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Bukit Hijau, Encik
Zainuddin bin Hj. Arshad, Guru Penasihat Kelab Rekreasi dan Alam Sekitar, Encik
Kamaruddin bin Che Din, para hakim yang adil saksama, guru-guru, dan rakan
pelajar. Selamat pagi dan salam
sejahtera.
[Ayat Format: Tajuk syarahan] Sempena
Hari Alam Sekitar Sedunia, maka tajuk syarahan saya ialah ‘Alam Sekitar
Tanggunjawab Kita’. [Ayat Rangsangan: Tajuk karangan] Tajuk ini amat sesuai
untuk direnungi bersama memandangkan alam sekitar kita sedang menghadapi tahap
pencemaran yang amat serius. [Ayat Huraian: Pandangan] Kita sedang mengalami
suatu fenomena yang dikenali sebagai pemanasan global atau kesan rumah hijau.
Saya pasti bahawa para hadirin turut mengalami dampaknya. Mungkin para hadirin
akan tertanya-tanya prihatinkah manusia terhadap alam sekitar? [Ayat
Arahan:Fokus karangan] Jadi, apakah yang patut kita lakukan? Bolehkah kita
memainkan peranan dalam usaha melestarikan alam sekitar kita yang sudah
tercemar ini?
Hadirin yang saya hormati,
[Ayat Topik: Idea karangan]
Tanggungjawab perdana kita ialah menyahut seruan kerajaan dengan mengamalkan
program kitar semula. [Ayat Huraian] Usahlah bebankan tanggungjawab pelestarian
alam sekitar di pundak kerajaan semata-mata. Kita haruslah mengikis persepsi
ini daripada kamus hidup kita dengan menjadi rakyat yang lebih prihatin
terhadap alam sekitar. [Ayat Contoh] Kumpulkan dan asingkanlah bahan-bahan
buangan ataupun terpakai di rumah. Bungkuslah barang-barang yang dapat
dipergunakan ataupun dikitar semula seperti botol plastik, surat khabar lama,
dan tin aluminium, secara berasingan . Kemudian, hantarlah barang-barang ini ke
pusat kitar semula yang berhampiran. Jadikanlah aktiviti ini aktiviti keluarga
bulanan. [Ayat Penyimpul: Kesan] Saya pasti, keceriaan alam sekitar dan
keharmonian hidup kita terjamin!
[Ayat Topik] Seterusnya, pembakaran
sampah sarap secara terbuka hendaklah kita elakkan. [Ayat Huraian] Kegiatan ini
tidak sihat kerana bukan sahaja mencemari alam sekitar malah memudaratkan
kesihatan manusia. Sudikah kita hidup di Bumi yang diselubungi jerebu? Jadi,
marilah kita menjadi penghuni Bumi yang lebih bertanggungjawab. [Ayat Contoh]
Usahlah bakar daun-daun kering, sampah, ataupun tayar buruk sewenang-wenang;
kononnya hendak membasmi nyamuk aedes. Sebaliknya, buanglah sampah sarap ke
dalam tong sampah secara sistematik. Pekerja majlis perbandaran akan memungut
sampah sarap ke tapak pelupusan sampah. [Ayat Penyimpul: Kesan] Dengan ini,
kebersihan alam sekitar dan kesihatan kita nescaya terpelihara!
[Ayat Topik] Satu langkah mudah yang
dapat kita lakukan ialah penjimatan elektrik. [Ayat Huraian] Penggunaan
elektrik secara membazir bukan sahaja meningkatkan kos kehidupan bahkan
mencemari alam sekitar. Jika kita menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, kita
dapat mengurangkan pembakaran bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik di
stesen jana kuasa elektrik. Jadi, amalkanlah langkah jimat cermat. [Ayat
Contoh] Misalnya, tutuplah suis lampu, kipas, alat pendingin udara, dan
sebagainya apabila tidak diperlukan. Amalkanlah penjimatan elektrik di rumah
dan di sekolah. [Ayat Penyimpul] Kesannya, bukan sahaja sumber alam semula jadi
dapat dijimatkan bahkan Bumi kita dapat diselamatkan.
Hadirin yang saya harmati,
[Ayat Kesimpulan] Sebagai akhirulkalam
syarahan saya pada pagi ini, saya ingin mengingatkan semua warga dewan bahawa
penjagaan alam sekitar merupakan tanggungjawab kita bersama. [Ayat Cadangan:
Nasihat] Umat manusia perlu ingat bahawa dia dilantik sebagai khalifah Allah di
atas muka bumi yang juga milik Allah. Maka, manusia tidak sepatutnya bertindak beraja
di mata, bersultan di hati terhadap alam sekitar. Marilah kita bersama-sama
berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk menyelamatkan Bumi kita dari
sekarang juga. Biarpun kecil, sumbangan ini amat bermakna. [Ayat Harapan]
Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, renungilah serangkap sajak daripada saya
yang berbunyi:
Ini laut kita, lindungilah daripada
pencemaran,
ini hutan kita, lindungilah daripada
pemusnahan,
ini sungai kita, lindungilah daripada
pembuangan,
ini Bumi kita, lindungilah daripada penodaan.
sekian terima kasih..
bolehlah................
BalasPadamwaniey rase waniey bebeklahh dngan pt3 bm ni....susahhhhhhhhhh
BalasPadamTAK BAGUS :( :( :( :(
BalasPadam