Aku adalah seorang guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan.
Beberapa hari lepas aku telah ditugaskan menjaga semasa waktu
murid-murid selesai sesi persekolahan untuk pulang...aku hanya terpacak
sahaja di tepi pagar memantau keselamatan murid keluar masuk sambil
dijemput oleh ibu bapa masing2...yang datang semua berkereta
besar...yang paling kaya aku tengok datang dengan berkereta
Hummer...kalau langgar motorsikal aku pun boleh hancur...aku adalah
satu2nya guru bermotorsikal di sini...hehe
Cuaca petang sekitar jam 1.45 petang memang sangat terik...aku diteduhi
bumbung bersebelahan pagar sekolah...sambil mata tak putus melihat
gelagat2 ibu bapa yang menjemput...tertarik aku dengan seorang
"uncle"...dia datang dengan motorsikal...siap sedia menunggu di depan
pagar menanti anaknya...aku hanya memerhati...jarang2 la ibu bapa
Sekolah Jenis Kebangsaan datang dengan motorsikal...depa ni kaya raya...
Pakaian "uncle" ni sedikit lusuh...berkerut muka menahan bahang
matahari...tetap setia menanti...beberapa minit kemudian seorang kanak2
perempuan datang menghampiri, aku terus memerhati dari jauh..."uncle" tu
mula keluarkan sebotol air minuman yang besar...dicurah perlahan2 di
tempat duduk...pelik...kenapa pula tu..? Sementara mengangkat beg
anaknya ke raga hadapan.
Kemudian, dikeluarkan pula secarik kain yang sedia tersisip di raga
motorsikal...diambil dilap perlahan2 pada tempat duduk yang telah
dibasahi...baru "kepelikan" aku terjawab ketika itu....demi keselesaan
tempat duduk...dibasahi dahulu supaya anaknya selesa dan tidak terasa
panas...walaupun membonceng motorsikal...tidak berkereta mewah seperti
rakan-rakan yang lain malah dapat merasai suhu dingin kereta ketika
pulang keletihan...Si ayah tetap berikan yang terbaik, termampu pada
kemampuannya.
MORAL OF THE STORY...
Betapa hebatnya pengorbanan seorang ayah kepada anaknya cuma kita
kadang2 terlepas pandang pengorbanan ayah kita. Hargailah pengorbanan
dan kasih sayang seorang ayah, kerana setiap daripada kita sememangnya
mempunyai seorang AYAH yang hebat yang sentiasa menyayangi anaknya cuma
lain ayah, lainlah caranya memanjakan anak.
Renungkanlah...
Ayah tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu
anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya.
Adakah kita seperti yang dia inginkan?
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berganti nyawa. Itulah ungkapan yang sesuai bagi mencerminkan kasih sayang seorang ayah.
Sentiasa berbakti dan berdoa untuk ibubapa kita tak semestinya apabila
mereka telah pergi menghadap Ilahi. Tetapi, biarlah mulai sekarang, agar
disediakan untuk ibu bapa kita di sana nanti sebuah TAMAN INDAH dan
penyelamat ibu bapa kita dari azab kubur dan api neraka. Insya
ALLAH...Doa anak - anak yang soleh dan solehah yang di bawa bersama ke
sana...
Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud: “ Apabila matinya seseorang anak
Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah
jariah, ilmu yang bermanfaat dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan
kepada kedua ibubapanya." - Hadis Riwayat Muslim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan