Sifat Calon isteri Yang Baik
Berpegang Kepada Agama
- Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang
unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya
mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh
lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan
wanita sebegini.
Kecantikan Dalaman -
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi
mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari
oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS. Wanita yang
mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya
hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk
pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan
kekayaan.
Manja -
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya
lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat
manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan
menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
Pandai Menjaga Kecantikan -
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya.
Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan
bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara
fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana
ia akan membuat mereka bangga.
Berakhlak Mulia
- Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah.
Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah.
Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
Tidak Menunjukkan Aurat atau Keseksian
- Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak
suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah
menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
Tidak Cerewet
- Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab
wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa
jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja
yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
Memahami Lelaki
- Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang
cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya
dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu
sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan
atau memberi kekuatan.
Sejuk Mata Memandang - Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki.
Bersopan santun
Sentiasa memaniskan wajah
Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
Ramah dan mesra
Tidak terlalu cemburu
Mampu mengawal emosi dan perasaan
Menghormati orang lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan