Seorang lelaki di Thailand sanggup mengahwini mayat kekasihnya yang
tidak sempat dia kahwini kerana kesibukan kerja. Satu peringatan kepada
kita semua.![](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_tASTLN9hSVyuLz0lNyCh2bV1IiGdEo_4jONwjXYOOFNS1jDGstKV1-SvqYTEo1hxW9d4KiVjkILtSndVR5vhcD-z-M0jyp=s0-d)
Upacara Kahwin Dengan
Mayat Cantik | Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini
menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian
lama bercinta. Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang
lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.
Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagaiDeff
Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand.
Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk
menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di
Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’
Kamsook.
Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10
tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana
Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk
mengahwini kekasihnya itu. Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas
terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk
menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusanberkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.
Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlisperkahwinan
dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin. Dengan
berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih,
menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh
seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh
menjamin perkahwinan yang berkekalan.
Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan
diletakkan diatas papan. Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium
tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga.
Kerana kesibukan kerja, lelaki ini terlupa yang mati tidak akan menunggu
sesiapa dan inilah yang terjadi. Dia sanggup mengahwini mayat
kekasihnya yang mati dalam satu kemalangan sebagai hukuman kepada
dirinya yang selalu mengabaikan kekasihnya itu. Peringatan kepada kita
semua, jika dah ada yang berkenan, tak payah la tunggu lama-lama, pergi
masuk meminang dah kahwin. Dosa terhindar, nikmat pun dapat hehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan